Money Maker

Isnin, 21 Oktober 2019

Arus Ulang Alik, AC Voltage,

PEJANAAN A.U

Takrif bagi Arus Ulangalik.

Arus yang mengalir ke arah positif pada pertengahan litar pertama dan akan berubah ke arah negatif pada pertengahan litar kedua.

Dalam rajah 1 & 2, pada pertengahan pertama pusingan, arus mengalir dari B ke A dan keluar melalui X ke Y, kemudian masuk semula melalui D ke C.

Pada pertengahan kedua pusingan, arus  mengalir dari C ke D dan keluar melalui Y ke X dan kemudian masuk semula melalui A ke B. 


Kesimpulannya, dalam pengalir ABCD, arus berubah-ubah haluan pada setiap setengah pusingan, begitu juga dengan litar luar (R ). 


Kegunaan A.U

A.U digunakan  secara meluas sebagai sumber tenaga walaupun  A.T masih digunakan secara kecil-kecilan. A.U memainkan peranan penting kerana penggunaannya  boleh dibahaskan  dalam tiga tajuk :

1. Janaan.
2. Hantaran.
3. Gunaan.


Janaan

Bagi menghasilkan A.U, kita memerlukan pejana atau ‘alternator’. Apabila medan magnet dipusingkan oleh kuasa wap/hidro, arus akan diaruh dalam gelung ABC.
Oleh kerana arus diaruh secara terus menerus dalam gelung tanpa menggunakan perantaraan beberus karbon (dimana berlakunya arka) maka aruhan voltan tinggi sehingga 33 ribu volt boleh dihasilkan dalam alternator.


Hantaran

Untuk menghantar kuasa adalah diutamaka dengan arus kecil dan voltannya boleh ditinggikan ( P=VI ). Ini dapat dilakukan dengan menggunakan alatubah di mana voltan yang tinggi boleh direndahkan.
Adalah dikehendaki arus yang kecil seboleh-bolehnya bagi mengelakkan penggunaan pengalir kupram dan aluminium yang tebal di mana harganya yang mahal. Arus yang kecil juga dapat mengurangkan kesan susutan voltan di dalam talian pengalir.


Gunaan

Dalam beberapa keadaan, A.T lebih baik daripada A.U terutama dari segi pengawalan kelajuan pusingan motor. Contohnya dalam penggunaan kren.
Dari segi penggunaan lampu dan pemanas, A.T dan A.U tiada bezanya. Walaubagaimana pun yang baik, mudah dan murah untuk pelbagai gunaan motor aruhan adalah A.U, di mana motor akan lebih berkuasa dalam menjalankan tugasnya. A.T yang diperlukan juga boleh didapati daripada A.U, diubah dengan penggunaan ‘rectifier’.


Keburukan A.U

- Kehadiran aruhan yangmenyebabkan rendahnya angkali kuasa atau kehadiran kuasa tanpa watt ( Wattless ).
- Kawalan kelajuan motor tidak dapat diadakan secara elektrik.

BENTUK GELOMBANG SAIN UNTUK SATU FASA

Aruhan elektromagnet berlaku apabila pengalir bergerak dalam medan magnet di mana uratdaya magnet dipotong oleh pengalir.

Andaikan pengalir berpusing pada kelajuan yang sama. Apabila pengalir pada kedudukan 0, ia akan berada selari dengan medan magnet.
Oleh kerana D.G.E. hanya dijana apabila pengalir memotong garisan uratdaya magnet, maka tiada D.G.E. yang terjana pada kedudukan 0.
Apabila pengalir sampai pada ke kedudukan 1, ia akan memotong uratdaya magnet secara serong dan D.G.E. akan terjana sedikit. D.G.E. yang terjana akan terus meningkat pada kedudukan seterusnya sehinggalah pada kedudukan 3. Pada kedudukan ini, pengalir akan memotong uratdaya pada sudut tepat dan D.G.E. akan menjadi maksima seketika.

Berikutnya, D.G.E. yang teraruh akan mula mengurang sehinggalah menjadi sifar pada kedudukan 6. Keadaan perubahan yang sama akan berlaku apabila pengalir berpusing pada satu lagi setengah pusingan. Pada kedudukan 9, pengalir akan memotong uratdaya dalam arah terbalik, oleh yang demikian D.G.E. akan berbalik walaupun mempunyai nilai yang sama. 


Ulangan (Frequency)

Gelombang rupa sain mengandungi beberapa siri gelombang yang serupa yang mana dipanggil kitar (cycle). Masa dalam saat untuk satu kitar dipanggil masa berketika (periodic time) manakala bilangan kitar bagi satu saat adalah dipanggil ulangan (frequency). 


Gelombang rupa sain mengandungi beberapa siri gelombang yang serupa yang mana dipanggil kitar (cycle). Masa dalam saat untuk satu kitar dipanggil masa berketika (periodic time) manakala bilangan kitar bagi satu saat adalah dipanggil ulangan (frequency). Jika T adalah masa berketika dalam saat dan ‘f’ adalah ulangan dalam Hertz (c/s), maka

f = 1/T atau T = 1/f.


Perbezaan Fasa

Bila voltan digunakan kepada sesuatu litar, arus yang dihasilkan akan mempunyai ulangan yang sama seperti voltan.
Walaupun gelombang voltan dan arus dalam rupa sain, tetapi gelombang arus boleh terkeluar dari fasa.


Rajah di sebelah menunjukkan kedua-dua gelombang (I & V) adalah sefasa. Jelas kedua-duanya bermula dari sifar dan berpositif /negatif pada masa yang sama.

- Dalam rajah di sebelah menunjukkan kedua-dua gelombang terkeluar sebanyak qo  (Q). yang mana permulaan bagi gelombang arus terkemudian masanya dibandingkan dengan gelombang voltan.
- Keadaan ini dikatakan bahawa arus mengekori voltan dan sudut qo (Q) itu dipanggil sudut susulan (angle of lag).


- Rajah di sebelah pula menunjukan arus mendahului di hadapan voltan dan sudut qo (Q) dipanggil sudut mendahului  (angle of lead).
- Jika sudut q o sama juga dengan 90o  atau q/2 rad, kedua-dua gelombang disebut sebagai dalam sukuan (quadrature). Sudut q o dipanggil sebagai perbezaan fasa bagi kedua-dua nilai.


Nilai Punca Purata Gandadua / RMS

* Nilai arus elektrik ditentukan oleh kesan arus seperti kesan haba. Jika dikatakan 10 ampiar A.T, kita akan faham maknanya kenyataan ini, tetapi bagi nilai A.U. nilai maksima 10 ampiar sama ada kesan haba , magnet atau lain-lain adalah kurang jelas daripada makna arus terus yang sentiasa tetap.

* Takrif: PPGD / RMS adalah kesan A.U apabila disambung kepada satu litar pada masa tertentu akan menghasilkan kesan haba yang sama dengan yang dihasilkan oleh A.T bagi litar yang sama.

* I purata dan I PPGD  

* Takrif bagi purata ialah sesuatu arus terus yang mana memindahkan cas yang sama dalam sesuatu litar sebagaimana yang dilakukan oleh arus ulang-alik pada masa yang sama.

Dari takrif didapati bahawa :
           I1 + I2 + I3 +...+ In
Iav    =  -----------------------
n

* Iav dan Ippgd juga boleh didapati secara analisa, misalkan nilai maksima arus Imak. Selagi gelombangnya rupa sain akan didapati nilai seketika untuk satu sudut q ialah :
                           i= Imak sin q.

* Mendarab semua nombor ordinit dengan nilai angkatap tidak akan mengubah bentuk gelombang, dengan sebab itu nilai purata I av, didapati sebagai :
                        I av  = Im 2/p
                                = 0.6374 Im .
* Manakala untuk nilai puncapurata ganda dua, didapati sebagai : 
                    I ppgd  = Im / Ö2
                                = 0.7071 Im .
* Untuk memudahkan hubungan antara nilai-nilai tersebut :

- Form factor (faktor bentuk) = Nilai ppgd
                                                            Nilai purata

                                                          = 0.7071     
                                                             0.6374 Im

                                                          = 1.11

- Crest Factor (faktor susuk)  = Nilai Maksima
                                                                Nilai ppgd
                                    =      Im           
                                                                  0.7071 Im    
                                                           = 1.414

Contoh :

Satu gelombang sain ulang-alik mempunyai nilai mak 15 Ampiar. berapakah nilai purata dan nilai ppgdnya ?

Penyelesaian:

Iav     = 0.6374 Im
                      = 0.6374 x 15 = 9.56 A.
Ippgd = 0.7071 Im
          = 0.7071 x 15 = 10 61 A.

VOLTAN,ARUS, dan KUASA. VOLTAGE, CURRENT, AND POWER

1.0 VOLTAN

Daya tarikan wujud di antara cas positif dan cas negative. Sejumlah tenaga diperlukan untuk melakukan kerja dan menggerakkan cas. Perbezaan pada tenaga keupayaan per unit cas dikenali sebagai  bezaupaya ataupun voltan. Voltan ialah daya yang menggerakkan elektron di dalam litar elektrik yang akan menghasilkan arus elektrik.

Voltan disimbolkan dengan V dan diukur dengan unit volt ( V ).

V = W
       Q

Di mana ; W ialah kerja dan diukur dalam unit joules ( J )
                Q ialah cas dan diukur dalam unit coulombs ( C )

Di dalam system elektrik voltan dibekalkan oleh sumber elektrik seperti bateri, sel solar, penjana, unit bekalan kuasa dan sebagainya.



2.0 ARUS

Diketahui voltan menghasilkan daya untuk membolehkan elektron bergerak di dalam
litar elektrik. Pergerakkan elektron ini dikenali sebagai arus. Arus elektrik boleh didefinasikan sebagai “ Kadar pengaliran cas /elektron di dalam litar elektrik per unit masa ”. 

I = Q
      t

Di mana ;  I    ialah arus, unit amp ( A )
                 Q   ialah cas, unit coulombs
                  t    ialah masa, unit saat

Arus ditandakan sebagai I  dan diukur dalam unit ampere atau amp dan disimbolkan sebagai A.






3.0 TENAGA DAN KUASA

Apabila arus melalui rintangan, tenaga elektrik akan ditukarkan kepada haba atau pun lain bentuk tenaga seperti cahaya. Kuasa adalah diukur berapat cepat tenaga digunakan, komponen elektrik mestilah berupaya untuk menghilangkan sejumlah tenaga pada masa yang ditetapkan.

Tenaga ( Energy ) ialah kebolehan untuk melakukan kerja ; disimbolkan dengan W dan diukur dalam joules ( J ).

Kuasa ( Power ) adalah kadar tenaga digunakan ; P sebagai simbol dan diukur dalam unit watts ( W ).


P = W
       t

Dimana : P  – Kuasa ( Power ); unit watts
   W – Kerja ( Work ); unit joules
    t   -  Masa ( Time ); unit saat

3.1 KUASA DI DALAM LITAR ELEKTRIK

Semasa arus melalui rintangan, pelanggaran elektron menghasilkan haba hasil daripada penukaran tenaga elektrik. Sejumlah kuasa dihapuskan di dalam litar elektrik, ia bergantung kepada jumlah rintangan dan sejumlah arus.

- Persamaan Kuasa ( 1 ) P = I2R 

- Persamaan Kuasa ( 2 ) P = VI

- Persamaan Kuasa ( 3 ) P = V2
                                   R





ATOM DAN ELEKTRON

1.0 STRUKTUR ATOM.

Semua jirim / bahan adalah terhasil daripada atom. Manakala, atom adalah terhasil daripada elektron, proton dan neutron. Atom didefinasikan sebagai unsur terkecil di dalam sesuatu bahan / element yang menentukan ciri-ciri / sifat-sifat sesuatu bahan.

Terdapat sebanyak 109 element dikenalpasti dan disusun didalam jadual berkala / periodic table. Nucleus terdiri daripada unsur bercas positif yang dikenali sebagai proton dan unsur tidak bercas iaitu neutron. Manakala satu unsur yang mengelilingi nucleus melalui orbit  adalah dikenali sebagai elektron  yang bercas negative.


1.1 NOMBOR ATOM

Semua unsur adalah disusun didalam jadual berkala berdasarkan kepada nombor atom. Nombor atom adalah bersamaan dengan nombor proton di dalam nucleus.



1.2 ELEKTRON SHELL DAN ORBIT


Elektron mengelilingi nucleus di dalam atom pada jarak tertentu. Elektron yang berada berhampiran dengan nuklues mempunyai tenaga yang kurang berbanding dengan elektron yang berada pada orbit yang paling luar.

Energy Level . Setiap orbit pada jarak yang berasingan dari nucleus mewakili Energy Level  tertentu. Di dalam atom, setiap orbit dikumpulkan di dalam satu lingkaran tenaga dikenali sebagai shells. 


1.3 VALANCE ELEKTRON

Elektron yang berada pada orbit yang paling jauh daripada nucleus mempunyai
tenaga yang tinggi tetapi mempunyai ikatan atom yang longgar, berbanding yang terhampir dengan nucleus. Keadaan ini berlaku kerana daya tarikan  diantara cas positif pada nucleus dengan cas negative elektron, yang mana daya tarikkan berkurangan dengan penambahan jarak daripada nucleus.

Elektron yang mempunyai energy level yang tertinggi wujud pada shell yang paling luar di dalam sesuatu atom. Shell yang paling luar ini dikenali sebagai valance shell dan elektron pada shell ini dikenali sebagai elektron valance. Elektron Valance ini akan menyumbangkan tindakbalas kimia dan ikatan diantara struktur sesuatu bahan, ia juga akan menentukan sifat keelektrikan. 

1.4 KATEGORI BAHAN

KONDUKTOR / PENGALIR :
Bahan yang membenarkan arus mengalir melaluinya. Contoh bahan yang mempunyai sifat
konduktor yang baik ialah seperti perak, tembaga dan sebaginya.



SEMIKONDUKTOR :
Bahan ini dikelaskan dibawah pengalir yang mana ia juga membenarkan arus melaluinya. Bahan ini berupaya mengalirkan arus melaluinya tetapi tidak sebaik pengalir dan juga boleh bertindak sebagai penebat tetapi tidak sebaik bahan penebat. Contoh bahan semikonduktor ialah silicon, germanium dan lain-lain.


PENEBAT / INSULATOR :
Bahan yang tidak membenarkan arus mengalir melaluinya. Contoh bahan seperti getah, bakelite, kaca dan sebagainya.
2.0 CAS ELEKTRIK

Cas elektrik merupakan ciri-ciri penting bagi elektron dan proton. Cas elektrik disimbolkan oleh
Q dan diukur dalam unit coulombs ( C ). Hukum cas menyatakan bahawa “ Cas yang berlainan
akan menarik antara satu sama lain manakala cas yang sama akan menolak ”

Q = Bil. Electron                   
      6.25 x 1018 elektron / C


Elektrik statik merupakan elektrik yang rigid (tetap) dan sementara. Ia terhasil apabila kita menggosokkan dua badan yang tidak sama pengagihan bendalir (cas) sehingga pembahagian bendalir atau cas pada badan tersebut sama. Kita dapati satu badan akan berlebihan cas positif dan satu badan lagi akan kekurangan cas negatif.

                                         Sebelum digosok                        Setelah digosok

Kawalan Motor Forward Reverse, Panduan Lengkap Teknikal & Praktikal Dalam Panel Elektrik

  1. Pengenalan Berdasarkan Situasi Sebenar Kerja Elektrik Dalam dunia sebenar kerja elektrik, khususnya di tapak industri, sistem kawalan m...