Money Maker

Sabtu, 1 Jun 2019

Tindak Balas Geseran.


  • Tindak Balas Geseran.
Ini merupakan kaedah tertua untuk menghasilkan tenaga elektrik. Kaedah ini dikenal sebagai kesan triboelektrik. Daya gerak elektrik akan terhasil apabila sesuatu bahan digosokkan, misalnya batang kaca digosok pada bulu binatang. Kesan gosokan ini menyebabkan cas positif berkumpul pada bulu binatang dan cas negatif pada gelas. Walaupun penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan kaedah ini kecil tetapi ia dapat digunakan pada sesuatu peralatan misalnya untuk pembersih udara, mesin salinan foto, dan sebagainya. Contoh peralatan yang menggunakan prinsip ini ialah penjana Van de Graft.

Tindak Balas Haba


  • Tindak Balas Haba
Tenaga elektrik boleh dihasilkan pada hujung dwilogam apabila kedua-dua dawai logam itu dipintal dan seterusnya dipanaskan. Kedua-dua logam itu hendaklah berlainan jenis, misalnya kuprum dan zink. Elektron akan mengalir dari pangkalan negatif (zink) ke litar luar dan seterusnya ke pangkalan positif (kuprum). Kaedah penghasilan sedemikian dikenal sebagai pengganding suhu. Contoh penggunaan kaedah ini ialah pada peranti penyukat suhu.

Cara tekanan.


  • Cara tekanan.
Setengah-setengah bahan akan mengeluarkan cas elektrik yang kecil apabila dikenakan tekanan misalnya hablur kuartza yang dihimpit oleh dua logam. Kaedah pengeluaran voltan ini dikenali sebagai piezoelektrik. Walaupun voltannya kecil tetapi dapat digunakan untuk beberapa peralatan misalnya mikrofon, kepala pemain piring hitam, dan peranti pengesan tekanan.



Tindak Balas Cahaya, solar


  • Tindak Balas Cahaya.
Apabila bahan yang peka kepada cahaya seperti lithium, selenium, diapit oleh dua elektrod dan dikenakan cahaya, salah satu daripada elektrod itu akan bertindak terhadap elektrod yang satu lagi dan menyebabkan elektrod itu bercas. Seterusnya tenaga elektrik akan terhasil dari kedua-dua elektrod tersebut. Sel foto ialah contoh penghasilan tenaga elektrik yang menggunakan kaedah ini. Sel ini biasanya digunakan untuk menyukat kekuatan cahaya atau sebagai sumber bekalan elektrik di dalam makmal angkasa. Penghasilan tenaga elektrik dengan kaedah ini dinamakan kesan elektrik foto. kaedah ini menghasilkan sumber elektrik DC.

Tindak Balas Kimia.


  • Tindak Balas Kimia.
Pengeluaran tenaga elektrik dengan menggunakan kaedah ini dikenali sebagai elektrokimia. Contohnya sel voltan ringkas menggunakan satu elektrod kuprum dan satu elektrod zink. Kedua-dua elektrod ini akan direndam ke dalam bekas yang mengandungi larutan asid sulfurik. Tindak balas kimia akan berlaku di antara elektrod dan larutan ini menyebabkan elektron mengalir dari zink (kekutuban negatif) ke kuprum (kekutuban positif) dan seterusnya tenaga elektrik akan terhasil di antara kedua-dua elektrod itu. Pengaliran arus boleh diketahui dengan meletakkan jangka galvano pada litar ini.

Cara aruhan magnet

Bismillahirrahmanirrahim. Post pertama aku nak berkongsi asas elektrik, sumber - sumber elektrik, dan pengenalan elektrik. macam biasa kalau perkara yang kau tak boleh nampak ni kau kene belajar asas lah, kena tahu, dan kene kenal dulu. baru lah boleh pergi yang jauh - jauh, topic yang lebih mendalam lagi.

Sumber elektrik tu terbahagi kepada dua, iaitu sumber dari AC, dan sumber dari DC. AC singkatan kepada Alternating Current manakala DC pula singkatan kepada Direct Current.

Pelbagai kaedah untuk menghasilkan sumber tenaga elektrik AC atau DC ini iaitu dengan:-
  • Cara aruhan magnet
    BDM
  • Bila pengalir digerakkan untuk memotong medan magnet, daya gerak elektrik akan terhasil. Tenaga elektrik yang dijanakan melalui cara ini dikenal sebagai elektrik magneto. Jika pengalir itu digerakkan ke atas dan ke bawah medan magnet, arus akan mengalir pada satu arah kemudian pada arah yang bertentangan dan seterusnya akan menghasilkan arus ulangalik (a.u.). Contoh penghasilan tenaga elektrik yang menggunakan kaedah ini ialah pada penjana atau dinamo dan pengulang-alik. Penghasilan tenaga elektrik dengan kaedah ini paling berkesan kerana kuantiti tenaga yang dapat dihasilkan besar dan mampu untuk membekalkan tenaga elektrik kepada kuantiti pengguna yang banyak misalnya untuk kilang dan rumah kediaman.

HUKUM OHM

1.0 LITAR SIRI 1.1 Mengenalpasti Litar Siri Litar siri ialah litar elektrik yang mempunyai cuma satu laluan arus di antara dua pu...