1.0 STRUKTUR ATOM.
Semua jirim / bahan adalah terhasil daripada atom. Manakala, atom adalah terhasil daripada elektron, proton dan neutron. Atom didefinasikan sebagai unsur terkecil di dalam sesuatu bahan / element yang menentukan ciri-ciri / sifat-sifat sesuatu bahan.
Terdapat sebanyak 109 element dikenalpasti dan disusun didalam jadual berkala / periodic table. Nucleus terdiri daripada unsur bercas positif yang dikenali sebagai proton dan unsur tidak bercas iaitu neutron. Manakala satu unsur yang mengelilingi nucleus melalui orbit adalah dikenali sebagai elektron yang bercas negative.
1.1 NOMBOR ATOM
Semua unsur adalah disusun didalam jadual berkala berdasarkan kepada nombor atom. Nombor atom adalah bersamaan dengan nombor proton di dalam nucleus.
1.2 ELEKTRON SHELL DAN ORBIT
Elektron mengelilingi nucleus di dalam atom pada jarak tertentu. Elektron yang berada berhampiran dengan nuklues mempunyai tenaga yang kurang berbanding dengan elektron yang berada pada orbit yang paling luar.
Energy Level . Setiap orbit pada jarak yang berasingan dari nucleus mewakili Energy Level tertentu. Di dalam atom, setiap orbit dikumpulkan di dalam satu lingkaran tenaga dikenali sebagai shells.
1.3 VALANCE ELEKTRON
Elektron yang berada pada orbit yang paling jauh daripada nucleus mempunyai
tenaga yang tinggi tetapi mempunyai ikatan atom yang longgar, berbanding yang terhampir dengan nucleus. Keadaan ini berlaku kerana daya tarikan diantara cas positif pada nucleus dengan cas negative elektron, yang mana daya tarikkan berkurangan dengan penambahan jarak daripada nucleus.
Elektron yang mempunyai energy level yang tertinggi wujud pada shell yang paling luar di dalam sesuatu atom. Shell yang paling luar ini dikenali sebagai valance shell dan elektron pada shell ini dikenali sebagai elektron valance. Elektron Valance ini akan menyumbangkan tindakbalas kimia dan ikatan diantara struktur sesuatu bahan, ia juga akan menentukan sifat keelektrikan.
1.4 KATEGORI BAHAN
KONDUKTOR / PENGALIR :
Bahan yang membenarkan arus mengalir melaluinya. Contoh bahan yang mempunyai sifat
konduktor yang baik ialah seperti perak, tembaga dan sebaginya.
SEMIKONDUKTOR :
Bahan ini dikelaskan dibawah pengalir yang mana ia juga membenarkan arus melaluinya. Bahan ini berupaya mengalirkan arus melaluinya tetapi tidak sebaik pengalir dan juga boleh bertindak sebagai penebat tetapi tidak sebaik bahan penebat. Contoh bahan semikonduktor ialah silicon, germanium dan lain-lain.
PENEBAT / INSULATOR :
Bahan yang tidak membenarkan arus mengalir melaluinya. Contoh bahan seperti getah, bakelite, kaca dan sebagainya.
2.0 CAS ELEKTRIK
Cas elektrik merupakan ciri-ciri penting bagi elektron dan proton. Cas elektrik disimbolkan oleh
Q dan diukur dalam unit coulombs ( C ). Hukum cas menyatakan bahawa “ Cas yang berlainan
akan menarik antara satu sama lain manakala cas yang sama akan menolak ”
Q = Bil. Electron
6.25 x 1018 elektron / C
Elektrik statik merupakan elektrik yang rigid (tetap) dan sementara. Ia terhasil apabila kita menggosokkan dua badan yang tidak sama pengagihan bendalir (cas) sehingga pembahagian bendalir atau cas pada badan tersebut sama. Kita dapati satu badan akan berlebihan cas positif dan satu badan lagi akan kekurangan cas negatif.
Sebelum digosok Setelah digosok
Tiada ulasan:
Catat Ulasan