Money Maker

Isnin, 21 Oktober 2019

VOLTAN,ARUS, dan KUASA. VOLTAGE, CURRENT, AND POWER

1.0 VOLTAN

Daya tarikan wujud di antara cas positif dan cas negative. Sejumlah tenaga diperlukan untuk melakukan kerja dan menggerakkan cas. Perbezaan pada tenaga keupayaan per unit cas dikenali sebagai  bezaupaya ataupun voltan. Voltan ialah daya yang menggerakkan elektron di dalam litar elektrik yang akan menghasilkan arus elektrik.

Voltan disimbolkan dengan V dan diukur dengan unit volt ( V ).

V = W
       Q

Di mana ; W ialah kerja dan diukur dalam unit joules ( J )
                Q ialah cas dan diukur dalam unit coulombs ( C )

Di dalam system elektrik voltan dibekalkan oleh sumber elektrik seperti bateri, sel solar, penjana, unit bekalan kuasa dan sebagainya.



2.0 ARUS

Diketahui voltan menghasilkan daya untuk membolehkan elektron bergerak di dalam
litar elektrik. Pergerakkan elektron ini dikenali sebagai arus. Arus elektrik boleh didefinasikan sebagai “ Kadar pengaliran cas /elektron di dalam litar elektrik per unit masa ”

I = Q
      t

Di mana ;  I    ialah arus, unit amp ( A )
                 Q   ialah cas, unit coulombs
                  t    ialah masa, unit saat

Arus ditandakan sebagai I  dan diukur dalam unit ampere atau amp dan disimbolkan sebagai A.






3.0 TENAGA DAN KUASA

Apabila arus melalui rintangan, tenaga elektrik akan ditukarkan kepada haba atau pun lain bentuk tenaga seperti cahaya. Kuasa adalah diukur berapat cepat tenaga digunakan, komponen elektrik mestilah berupaya untuk menghilangkan sejumlah tenaga pada masa yang ditetapkan.

Tenaga ( Energy ) ialah kebolehan untuk melakukan kerja ; disimbolkan dengan W dan diukur dalam joules ( J ).

Kuasa ( Power ) adalah kadar tenaga digunakan ; P sebagai simbol dan diukur dalam unit watts ( W ).


P = W
       t

Dimana : P  – Kuasa ( Power ); unit watts
   W – Kerja ( Work ); unit joules
    t   -  Masa ( Time ); unit saat

3.1 KUASA DI DALAM LITAR ELEKTRIK

Semasa arus melalui rintangan, pelanggaran elektron menghasilkan haba hasil daripada penukaran tenaga elektrik. Sejumlah kuasa dihapuskan di dalam litar elektrik, ia bergantung kepada jumlah rintangan dan sejumlah arus.

- Persamaan Kuasa ( 1 ) P = I2R 

- Persamaan Kuasa ( 2 ) P = VI

- Persamaan Kuasa ( 3 ) P = V2
                                   R





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HUKUM OHM

1.0 LITAR SIRI 1.1 Mengenalpasti Litar Siri Litar siri ialah litar elektrik yang mempunyai cuma satu laluan arus di antara dua pu...