Bismillahirrahmanirrahim. Post pertama aku nak berkongsi asas elektrik, sumber - sumber elektrik, dan pengenalan elektrik. macam biasa kalau perkara yang kau tak boleh nampak ni kau kene belajar asas lah, kena tahu, dan kene kenal dulu. baru lah boleh pergi yang jauh - jauh, topic yang lebih mendalam lagi.
Sumber elektrik tu terbahagi kepada dua, iaitu sumber dari AC, dan sumber dari DC. AC singkatan kepada Alternating Current manakala DC pula singkatan kepada Direct Current.
Pelbagai kaedah untuk menghasilkan sumber tenaga elektrik AC atau DC ini iaitu dengan:-
- Bila pengalir digerakkan untuk memotong medan magnet, daya gerak elektrik akan terhasil. Tenaga elektrik yang dijanakan melalui cara ini dikenal sebagai elektrik magneto. Jika pengalir itu digerakkan ke atas dan ke bawah medan magnet, arus akan mengalir pada satu arah kemudian pada arah yang bertentangan dan seterusnya akan menghasilkan arus ulangalik (a.u.). Contoh penghasilan tenaga elektrik yang menggunakan kaedah ini ialah pada penjana atau dinamo dan pengulang-alik. Penghasilan tenaga elektrik dengan kaedah ini paling berkesan kerana kuantiti tenaga yang dapat dihasilkan besar dan mampu untuk membekalkan tenaga elektrik kepada kuantiti pengguna yang banyak misalnya untuk kilang dan rumah kediaman.